Kembali ke Laman Utama

*Terma dan Syarat Kempen Pemasaran (“Kempen”) 1) Kempen ini dianjurkan oleh Home Direct Shopping Sdn Bhd (1110325-V) (“Syarikat”). Pusat Perkhidmatan Pelanggan beralamat di 32A-2, Jalan PJS 8/2 Bandar Sunway, 46150 Petaling Jaya, Selangor dengan No. Lesen Jualan Langsung (Jualan Pesanan Pos) AJL 932090. 2) Kempen ini akan berlangsung dari 1 November hingga 31 Desember 2017 (“Tempoh Kempen”). Selepas tamat Tempoh Kempen, jika pesanan anda tidak diproses untuk kempen ini, pesanan anda secara automatik akan dimasukkan ke dalam kempen baru kami yang akan datang (jika ada). 3) Kempen ini terbuka kepada warganegara Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas (“Pelanggan Berpeluang”). 4) Pelanggan Berpeluang (seperti yang ditakrifkan di dalam Terma dan Syarat Penuh) mempunyai peluang untuk memenangi hadiah-hadiah berikut: Satu Hadiah Utama berupa wang tunai sebanyak RM150,000.00; Satu Hadiah Tambahan Pertama wang tunai sebanyak RM30,000.00; atau Satu Hadiah Tambahan Kedua wang tunai sebanyak RM3,999.00. 5) Kempen ini akan terbahagi kepada empat (4) peringkat: a) Peringkat 1: Syarikat akan memberi peluang kepada Pelanggan Berpeluang untuk mengambil bahagian di dalam Kempen ini dengan melakukan langkah-langkah seperti yang dinyatakan di dalam iklan di atas. b) Peringkat 2 : Pelanggan Berpeluang hendaklah mendaftar dengan Syarikat sama ada dengan menelefon nombor telefon Syarikat ataupun menghantarkan kupon yang telah dilengkapkan ke alamat Syarikat. c) Peringkat 3 : Setelah mendaftar, Pelanggan Berpeluang akan menerima melalui pos pakej mel Syarikat yang akan mengandungi katalog-katalog Syarikat, bahan-bahan promosi serta Terma dan Syarat Penuh; dan d) Peringkat 4 : Pelanggan Berpeluang hendaklah membuat pesanan berdasarkan katalog Syarikat dan membuat bayaran penuh bagi produk yang dipesan. Kriteria pemilihan pemenang adalah seperti yang ditakrifkan dalam Terma dan Syarat Penuh. 6) Dengan melengkapkan kupon dan mengeposnya kepada Syarikat, Pelanggan Berpeluang bersetuju dengan terma-terma dalam Notis Privasi Syarikat bahawa data peribadi beliau yang dikumpul melalui proses ini boleh diproses, disimpan, dikumpul, digunakan oleh Syarikat, atau dizahirkan kepada pihak ketiga yang berkaitan termasuk tetapi tidak terhad kepada pihak yang bersekutu dengan Syarikat yang mungkin berada di luar Malaysia, bagi tujuan pengiklanan, kempen promosi, pemasaran termasuk menerima katalog atau dokumen informatif Syarikat atau pihak ketiga. 7) Untuk maklumat lanjut, anda boleh merujuk kepada Terma dan Syarat Penuh, Polisi Pemulangan Syarikat dan Notis Privasi Syarikat yang akan dihantar selepas pendaftaran atau melalui laman web kami di www.bestproducts.my.

Kembali ke Laman Utama